Tuesday, May 19, 2009

Pemuda DUN MRBK...

Jumaat, tanggal 15hb Mei 2009 satu usaha bagi mewujudkan satu jawatankuasa Pemuda DUN MRBK (Mambau-Rahang-Bukit Kepayang) telah berjaya diadakan... Di bawah DUN MRBK terdapat 19 cawangan, dan wakil-wakil cawangan telah memberi kerjasama yang memuaskan dalam menjayakan mesyuarat pertama kali ini.

Apa yang saya lihat, DUN MRBK amat berbeza malahan 'istimewa' kerana struktur organisasi yang diwujudkan... ia mewujudkan satu sistem yang boleh meminimakan miscommunication di antara ahli jawatankuasa mahupun dengan ahli-ahli Pemuda sendiri.

Pengerusi, dibantu oleh Setiausaha dan Ketua Penerangan akan disokong oleh 3 Naib Pengerusi yang dipilih mewakili setiap DUN. Mereka akan memastikan kelancaran pelaksanaan setiap program atau tindakan yang akan diambil supaya berjalan dengan lebih lancar, serta penyampai maklumat dan pemantau untuk 5 biro di bawah mereka.

5 biro, seperti kata Pengerusi, merupakan 'jantung' kepada jawatankuasa Pemuda DUN MRBK. Merakalah penggerak kepada satu-satu program, pelaksana kepada program-program yang dirancang. Dan 5 biro ini akan membuat satu team dengan melantik 6 ahlijawatankuasa di bawah mereka, 2 orang dari setiap satu DUN. Ini akan menjana keterlibatan kebanyakan ahli Pemuda di semua bahagian... supaya tiada cawangan yang akan merasa tersisih, malahan merasa keterlibatan mereka dalam setiap aktiviti dan dihargai oleh jawatankuasa DUN MRBK.

Di sebalik 11 ahli jawatankuasa ini terdapat satu kumpulan pemikir yang dianggotai oleh 7 orang ahli-ahli Pemuda yang cukup berpengalaman... Di sini mereka berfikir, berhujah dan meneliti bentuk-bentuk program yang sepatutnya diadakan, modus operandi serta kesan satu-satu program itu sekiranya berjaya dilaksanakan.

Harapan saya, agar setiap jawatankuasa dapat memberikan respon serta bersikap lebih pro-aktif dalam mendukung amanah bagi membuat kebajikan kepada masyarakat setempat khususnya. Ingat setiap kata-kata kita sewaktu mesyuarat, bahawa kita bukan membuat kerja kerana wang tetapi kerana rasa tanggungjawab masing-masing dalam membuat amal dan kebajikan.

Semoga hasrat serta usaha ini mendapat rahmat dan keredhaan Allah SWT, amin...